#S------ A---- (( Episod 1 ))

Kalau ditanya mengapa,aku cuma akan jawab
"aku pun tak tahu".
Sehingga pada satu tahap mungkin semuanya 
hanya samar dalam kehambaran.
Bermula pada satu titik yang kosong hingga menjadi satu kisah cermin untuk diri.
Ketegeran yang sukar dibendung membuat diri kadang-kala sedar walau separanya hanyalah kelenaan dan selebihnya menyusur dilorong warna kehidupan.
Menyuluh dengan terang cahaya pegangan yang menjadi kehandalan untuk diri.Walau iman senipis kulit hama,pahala seringan kapas.
Mungkin keputusan dan hasilnya mengecewakan tapi roda hidup harus terus berputar.
Fikiran,cuma ingin berdiri dalam dunia agar tercapai tujuan tapi mungkin keluh lidah tidak dapat menyambungkan kita walau dalam apa jua keadaan pun kerana kita cuma makhluk ciptaanNya.
Melangkah dalam satu,pertanyaan selalu mengganggu.
Inginku endahkan saja tapi ia semakin hampir padaku.

Jerit pekik tidak berguna kerana  yang terluka akan melukai.
Sedikit yang tersisa hanya yang terlepas dari jelingan seorang insan yang romannya dari sudut sisih asing dirinya.
Tak terlupakan segala kebaikan yang pernah dinikmatinya walau budi² itu tak mampu dia balas.

Cerita tersebar melalui irama jari-jemari yang kekar,
ada yang mendengar,tak kurang juga yang berbuat tuli.
Mereka bukan tuli tapi mungkin hati mereka buta dan tidak peka
dengan keadaan harinya.

Tersampai cerita melalui saudagar senakhoda 
pada separuh jumlah jiwa yang bersemangat 
untuk hidup agar terlihat hari esok.
Separuh lagi menari di atas puing pasir sambil 
berarakan ke pelabuhan di tepi kota.
Diantara celahan keramaian di persisiran kota ada yang bernafas.
Dari udara yang sama dia mengenal semuanya.
Kapalnya telah berlabuh,riuh kota menyambut dia.
Nakhoda itu pulang dengan cerita pengembaraannya lagi.
Seluruh kota padang pasir itu bergembira 
hingga tak terlihat jiwa² yang resah.
Terselimut satu harapan dalam kota yang bergembira.

Semua nasib adalah malang,yang baik itu adalah tuah.
Kepastian terbenam sejenak saat melihat alam.
Terfikir tentang kematian yang pasti dari sebuah kehidupan yang bererti.
Celik tapi buta diatas lidah fasih yang bisu.
Pekak selalu mendengar kerana cacat itu sempurna.
Merasai alam dengan deria,berbisik pada insan,
mendengar setiap cerita.
Walau mereka yang diatas selalu terlupa pada jiwa² yang selalu bergelut meniti hidup.
Mana makrifat,mana semangat?.
Tak satu pun akan lekat tika kita terpanggil untuk janji
yang perlu kita tunai.

Gugur anggur di taman lestari seorang petani yang berkedut dahinya,
berkeringat tubuh tatkala jari-jari kekar erat membimbit cangkul
melangkah ke sana untuk menggali tanah bagi 
si mati.
Tercacak nisan di atas tanah yang masih merah.
Perginya menunaikan janji.
Masih ada lagikah yang tersisa?.

Kalau hari datang lagi,kau akan kucari.
Kerana masih ada lagi yang tersisa,walau sekelumit.
Banyak jiwa yang terkesima saat melihat karismamu.
Selalu terngiang suaramu.
Aku akan dakap hatimu yang berdinding kelam dan kedinginan itu.
Aku pergi bukan meninggalkanmu.
Aku pergi kerana ingin mencarimu.
Bukan untuk mereka,tapi untukku.
Kerana aku ingin kamu,itu saja.




Bersambung...




Tunggu aku dikota itu,aku akan datang!.
Tungu aku -----.

p/s : atas permintaanmu,
         I ♥ You,-----.