Dia..

Setiap orang selalu memanggilmu..
Setiap orang selalu membutuhkanmu..
Setiap orang berusaha menggapaimu..

Kau terlalu indah untuk disakiti..
Kau terlalu berharga untuk dipermainkan..
Kau terlalu sempurna untuk dicampakkan..
Ya,aku sendiri sedar semua sejak dari awal mengenalmu.

Jadilah engkau bak mutiara dilautan..
Yang selalu bersinar..
Memancarkan cahayanya yang berkilauan..
Walau engkau berada dalam lumpur yang paling dalam.


Ya,aku masih terus belajar erti hidup dengan cintaNya & cintamu seperti tadi,semalam dan untuk esok,sampai selamanya.Dengan hidupku hasil kurniaanNya.Aku masih terus memikirkan kau,aku rindu.Terlalu.Walaupun aku tak tahu siapa namamu,tapi itu bukan benteng untuk menghalang aku dari merinduimu & mencintaimu.Esok?Akanku tanyakan semuanya denganmu,kerana aku mahukan kamu,aku sayangkan kamu,aku ingin cinta kamu.Walau ini cuma sekadar tapi semua yang ada dalam ini ada keikhlasanku.Aku berharap dan berdoa agar kita tidak lagi saling memendam kerana sifat itu pernah buat aku hampir mengalah.Potretmu yang cuma kelihatan hambar,cukup untuk membuatku terus menatapnya.Aku sedar,
cantiknya seorang wanita itu,sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.Tapi pada apa yang kau pendam untuk aku.Ikhlas semua itu.Aku goyah dengan itu,walau pada mulanya aku mengetahuinya bukan darimu.Aku bahagia.

Dear,
Mengenalmu adalah satu keinginan...

Menyayangmu adalah suatu kebahagiaan...
Hidup bersamamu adalah satu impian.....
Melupakanmu tak mungkin kulakukan...
kerana aku ingin kau menjadi dari separuh hidupku..