Kita

~~Menungguku..

Nak mengeluh?aku bahagia.Selepas pulang dari bertemu dia,tengah hari tadi.Walau waktu serasa tidak cukup tapi cukup sekadar untuk aku bertanya macam² dengan dia.Aku lepas semua yang terbuku dalam senak dadaku meniti kehidupan di atas titi hidup kurniaanNya menuju kebahagian bersama dia,aku juga harap dia gembira bertemu aku.Aku merempuh jalan² kesibukan insan yang seperti berkejaran,mengejar keduniaan.Aku tidak peduli,aku meneruskan langkahku menapak longlai untuk terus ke rumah,sejauh 4kilometer tidak menjadi masalah untukku setelah gembira bertemunya tadi.Terima kasih,TUHAN.Aku sampai di rumah,dengan salam intonasi lemah aku masuk ke perut rumah.Aku menuju ke hadapan penghubung telepati alam maya it dengan secawan air di genggaman tanganku,kuteguk ibarat berbuka puasa,lega.Aku membuka sekali lagi bungkusan pemberiannya tadi,ada sebuah perhiasan kapal layar dalam botol,apa maksudanya?.Yang pasti,akan kujaga semua ini seperti aku menjaga hatinya.Kutatap,sambil mataku melirik pada sekeping kertas jingga warna kesukaannya dalam bungkusan sama.Aku menggapai surat nota perasaannya itu kuambil kubaca untuk kali ketiga.Jawapan untuk itu memang sudah tersedia cuma rasa liat pada tubuh insan lemahku membuat aku tangguh niatku itu.Aku teruskan hobi mengumpat dengan kawan² dalam kotak borak Yahoo.Letih yang amat berbaur dengan mengantuk membuat aku melangkah ke bilik teman serumah untuk mati sekejap.3jam,baru aku bangun.Terus dengan langkah palau²,mamai aku ke depan komputer riba Acer.Aku buka YM cari id dia.Tak ada.kutunggu.2minit kemudian kotak peribadi pesanannya timbul menghiasi monitor acer hitam ini.Gembira aku,tak terkata.Kerana aku selalu menyayangi dia dan untuk mencintai dia.Kami berborak ibarat sedang bermadu kasih,sehingga tak sedar malam sudah megunjungi tabir bumi.Sampai disitu.Aku kembali membuka kotak belajarku ini,nak mencurah kebahagian penangan hati tengah berbunga² tapi fikiran seolah sempit kerana memikirkan penghias.Kutangguh lagi.Sekarang aku sudah berjaya,semua ini berkatNya.Alhamdullilah.

~~Bahagia Itu Milik Kita selagi kau mahukan ia..





~~Balasan untuk nota perasaan jinggamu....



~~Waalaikumsalam..
Walau ia hanya sekeping kertas jingga yang ditulis pena juga warna kesukaanmu,jingga tapi sudah cukup untuk aku tahu isi hatimu.Kertas ini akan kugenggam agar ia takkan terbang oleh angin.Jauh sekali akan kukoyakkan.Apatah lagi untuk membakarnya.Ia akan jadi salah satu kenangan terindah selepas dirimu.Nota jingga ini pernah membahagiakan aku.Tulis saja,luah saja kalau memang itu mahumu,aku akan membaca dengan setia,aku akan mendengar dengan khusyuk.Ya,dirimu memang bukan pujangga tapi ingat dear cintalah yang membuat kita menjadi pemadah paling romantis.Kenapa perlu merayu?kerana cinta aku pasti ada dari awal lagi.Kalau memang dirimu tidak mudah mudah ditawan,aku bangga kalau boleh menawannya.Matamu memang indah kerana melihat aku seadanya.Terima kasih,dear.
Dirimu adalah cinta dihatiku,dirimu telah memiliku sejak dari awal lagi.Jangan pernah tanya lagi siapa dirimu di hatiku dan jangan pernah menggolak hatimu untuk tidak memiliki aku.Memang hikmah kuasaNya kita boleh bertemu empat kali ini,dan dirimu pernah terfikir yang kita sudah bertemu sebagai sepasang maharaja&maharani yang sedang memadu kasih.Aku sedar!,dirimu selalu memandang mataku,kerana aku takkan tahu kalau aku tidak memandang mata kamu.Ya,kerana aku memang selalu ingin menegurmu.Dear,aku juga selalu berharap untuk selalu dekat denganmu.Aku mendengar dirimu menyebut namaku melalui doa²ku,alhamdullilah.Terima kasih,Tuhan.
Ya,Tuhan...Terima kasih Tuhan kerana meyampaikan perasaannya kepadaku kerana itu telah mengemakan apa yang kupendam untuk dia.
Aku juga sedar diri aku siapa,aku juga insan sepertimu,lemah dengan ujian² hidup.Tapi itu bukan maksud untuk kita mengalah,kan?.Aku temankan dirimu mencari haluan diri,kerana kau juga anak sepertiku.Aku juga akan menemani dirimu membimbing&menemani adik²mu kerana aku juga punya adik² dan jauh dari ibu.Berdoa bersamamu untuk kebahagian kakakmu kerana aku juga punya kakak.Aku juga punya teman sepertimu,aku juga selalu mencuba berbuat yang terbaik untuk teman²ku.Aku juga sepertimu.Aku juga seorang insan yang berumur 21tahun yang sedang dan akan selalu belajar untuk menempuh liku² hidup dunia.

Aku akan memBIMBINGmu,
Aku akan menJAGAmu,
Aku akan meNASIHATImu,
Aku akan mengAJARmu,
Aku akan memPERCAYAimu,
Aku akan SAYANGImu,
AKU TIDAK AKAN TINGGALKANMU..


~~Aku tidak akan melupakan apa yang kau gemari.






Always By :
SLY