Aku..

~~Sudah sampai sini,perlu terus..


Masa semakin suntuk untuk aku,aku masih juga tercegat di situ.Menanti apa?sesuatu yang takkan ada kalau tanpa usaha aku?.Ya,aku akan usaha disamping doa padaNya.Walau aku harus sekali lagi merempuh jalan belukar yang sama itu.Walau jalan itu terpinggir,walau aku terasing di lorong² itu.Terus dan terus,tanpa ada menoleh kerana ini jalan yg kupilih.Dimanakah hujungnya?.Adakah perhentiannya di hujung sana?,wujudkah kemesraan alam,makhluk² Tuhan untuk aku disana nanti?.Bukan keluhan,takkan ada itu kerana kita telah ditetap seadanya dengan berkatNya.Aku sekujur tubuh yang layu masih terus menapak walau titian itu telah kutiti dengan sempurna,kerana dia ada bersamaku.Alhamdullilah.Nukilankah ini?pasifkah aku?.Sama juga seperti mereka,manusia namun kadang tak punya jiwa keinsanan.Ya,tak ada lagi pertikaian,kerana kita masih terus hidup,belum lagi waktu untuk menikmati indahnya kematian.Indahnya pelangi kerana 7warna.Tapi kenapa ada yang lupa ia jauh?.Kenapa ada yang nak memiliknya.?Tidak nampakkah sekelumit keikhlasan sedang menantimu dari dulu?.Atau dirimu mahu aku terus bodoh dengan sekelumit itu?.Terus dan terus,hingga dunia ini bukan milik kita?.Langkah terus kuatur dengan semoleknya,lagak menghadap raja.Walau ia longlai,tapi syukur aku belum terjatuh.Walau mungkin banyak tangan yang ingin mendorong,menolak aku untuk jatuh.Alhamdullilah,aku masih milikNya.Teruskan saja langkahmu,anakku.Ibu akan selalu mendoakanmu.Ibu?buat aku kuat,teguh.Terima kasih,ibu untuk segulung ijazah agama yang ibu ajarkan untuk aku.Walau aku kadang terlupa,tapi doa² ibu membuat aku terhantuk dan sedar.Ibu,tahukah ibu?,anak ibu amat rindukan ibu.Kondisi ibu?Aku sentiasa mendoakan ibu,walau aku bukan anakmu yang baik.




Dongak,panas terik.Tapi aku perlu terus melangkah kerana dia disana menanti aku untuk membahagiakannya.Aku usaha,aku berdoa demi semua.Kerana Dia.

Hanya berbekalkan semangat dan doa² semua.Aku harus terus.Ibarat jantan yang bertondon merah,bersabung dengan nasib tanpa perlu mengalah,kerana menang kalah manusia bukan pada kekuatan tapi pada nasib.Walau apa yang kita impikan tak semua menjadi.Yang pasti,nasib itu takkan ada secara sendirinya.Ia perlu dicari dengan usaha dan doa².InsyaAllah,dengan berkatNya semua itu akan ada untuk kita. Kerana semua datangnya seakan menguji kita.





~~Hanya sekadar vector dari lampauku..


Untuk Ibu..


~~Ia memang indah..


Lengkapkah aku?.Siapkah aku?.Ya..









~~Aku coretkan tempat belajarku ini dengan sisih² kehidupanku.Untuk Dia.Dear,tempat belajarku bukan tempat belajar seorang penjiwa yang berkecamuk dengan perasaan sendiri,wujud ia dari aku,untukmu dengan berkatNya..