Episod 2 dalam epilog 'Aku Terus Disitu'...

Seperti selalu.Masih di takuk yg sama.Cuma perbezaan perkara yang aku lakukan untuk hari ini.Kerana kelapangan masa yang aku ada akibat dari kondisi tubuh yang lemah secara drastik,bukan melampias kehidupan mencari sumber rezeki tapi dengan ketaksuban dunia alam maya aku penuhkan hari ini,.Tak berfaedah.? mungkin bagi setengah pihak macam kamu.Janakan minda anda.Sedar dari kematian sekejap,aku mula dengan penghubung aku dengan alam maya.Dan hingga waktu ini,walau ada perhentian sekejap,perhubungan ini tak pernah terputus.Bermula dengan menjejak setiap dunia blogger sehingga aku terhenti di satu dunia para pembaca novel yang tegar.Hanya header,aku tersentak melihatnya."Bukan inikah novel kakak yang aku selalu baca satu masa dulu..?"Aku bertanya pada perasaan sendiri sambil menatap wajah kartun untuk watak utama pada kulit novel di blog itu.Ingat lagi kata kakak ketika aku mula memegang novel itu dulu,"Weh,kau mahu letak balik atau mahu aku buat kaki kau di atas kepala di bawah.?" "Ish,nak baca saja bukan mahu rosakkan." Aku menjawab sambil mencampakkan novel itu di atas meja mekap kakak."Celaka kau punya budak.Kau tahukah,? kakak sayang novel itu,kakak sendiri tak pernah campak,kau suka² campak." Sambil mencubit perutku.Aku menangis tapi setelah itu aku dipujuk dengan novel yang aku campak tadi.
Sekarang aku faham sebab kakak sayang novel itu.Walau kakak telah merantau jauh tapi novel² kesayangannya masih tersimpan rapi dan terkunci dalam almari biliknya.
Langkau cerita masa silam.
Ada lagi berjuta orang spertinya.Memang tak mustahil tapi cuma ini yang membuat aku teruja untuk menjejak di dalam blog ini.Setiap pelusuk blog pencinta² novel ini aku telosori,hingga tak ada tertinggal dari butang pada tetikusku.Tanpa sedar,aku telah terhubung dengan blog itu selama 11jam.Dalam masa itu,aku sempat juga berkenalan dengan penghuni² dalam blog itu.Dan selepas selesai menjejak,aku buka tempat belajarku ini untuk sesuatu yang baru dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah aku sebagai salah seorang blogger paling malas di muka bumi.

Aku update blog lagi!!(yeehaaa!!!)


'Hijab Sang pencinta'adalah novel pertama
yang aku ilhami setelah dicubit.Mugkin agak terlambat kerana novel ini adalah terakhir dari 3 novel dalam 1 epik.Dalam sehari,aku membaca hingga laman terakhir dengan teruja.Dan setelah,setiap novel karya Ramlee Awang Murshid yang ada dalam koleksi kakak telah aku baca.Cerita epik mitos dari tangan seorang penulis yang boleh membuat aku taksub dalam dunia pembacaan hasil tulisannya.

Dan ini adalah blog yang aku maksudkan :





(Klik imej untuk link)












p/s: Bersambung...(tak punya waktu untuk menulis)
Dialog antara aku dengan kakak adalah dalam bahasa
negeri tapi aku garap menjadi bahasa yang senang difahami.