# Aku Dan Sesuatu...

:"Emangnya plagiat itu apaan sih.?"
:"Mil,please dong mil,plagiat itu nyontek punya orang."
((Ahakk~))
Filem gamit usia remaja dulu.

Dan sampai sekarang aku juga masih remaja.

Mungkin semalam writer yang kerdil mengaku dewasa.!
Writer,yang dewasa itu bukan kamu,bukan usia kamu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tahu,spesi fikiran aku yang dewasa,aku sudah boleh berfikir secara matang.
Begitu.?
Tapi setiap insan bernafas pasti ada akan mengalami tekanan,itu lumrah.!
Tekanan dek kerana masalah hidup yang membelenggu.
Aku juga mengalaminya.!

((Ah.!))

Writer,usah terpedaya dengan apa orang kata.!
Aku tak peduli,janji aku senang hati.!

________________________________________

________________________________________

Walau ada mata diluar sana yang memandangku dari dulu,sekarang atau pada masa akan datang.
Lihat saja aku dari atas ke bawah,kiri ke kanan,belakang ke depan.
Percayalah,setiap pengamatanmu tak terlepas dari tajam lirikan kerdil mataku.
Walau aku tahu,tapi aku masih tersenyum padamu,seperti semalam bahkan untuk esok sampai selamanya.
Aku kenal diri aku.!

Aku seorang pendendam yang damai.!

-Sifat yang aku sendiri pilih dan tetapkan untuk aku.-
Itu sifat apa.?
Jangan tanya aku,aku juga tak tahu tapi lihat saja pada aku.!
Jangan paksa aku.!
Sifat itu aku yang namakan.!
Sejak ia bermula satu masa dulu,lama dulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

________________________________________

________________________________________

tapi syukur,aku belum pernah balas dendam² itu.
kerana aku tahu,kau bukan sainganku.
Walau esok itu adalah milikmu,tapi siapa tahu kau akan basah ketika hujan turun diharimu itu.
Allahualam.
Dosa dan pahalaku,Tuhan saja yang tahu.
Kau siapa,untuk mengukur dosaku.?
Gajah seberang pulau kau lihat,semut depan mata kenapa pijak.?

Aku tahu,aku mungkin baru dalam semua ini.!
Tapi percayalah,teman.
Setiap inci dari semua aku kenal.

(( ~ Kesombongan di waktu muda yang indah ~))


"Anakku,ingat batas² kamu.!"


:"Ya,aku selalu ingat walau keadaan mendesak anakmu untuk bergerak tapi anakmu tetap di situ,mum."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
________________________________________

________________________________________

Mula mengenal papan kekunci dan meraba tetikus.
Sejak lama dulu,aku sudah lupa.
Ia sudah lama.Waktu itu aku masih berbangga dengan pakaian sekolah yang kotor,aku nakal dan mungkin yang ternakal.

------------------------------------------

Tapi,alhamdullilah...
Sekarang,setiap teka-teki dunia telepati alam maya
sudah boleh aku selesaikan,berkat
dari senandung pertemanan yang telah terjalin.

------------------------------------------

Sekarang aku juga sudah boleh menaip papan kekunci
hingga mengeluarkan satu irama yang tak berbunyi.
Tetikus itu sudah boleh aku kawal layaknya tentera mengawal sebuah jet tempur.
Irama itu akan terus berbunyi,selagi nafas masih terlekat di rongga ini,
selagi langkahku masih di perjalan.

------------------------------------------

"Sisih Asingku" yang berdiri atas tiang rapuh ini bukan yang pertama,
tapi yang keenam.!
Dan sekarang saja, ada 3 "Sisih Asingku" yang berdiri atas tiang rapuh masih terus berirama.

Mana.? Aku saja yang tahu.

Irama² itu telah berbunyi sejak dulu tapi kerana sifat malas,aku simpan irama² itu pada satu sisih,di mana cuma aku yang tahu.Yang aku iramakan bersama dengan heningnya embun dan air mata pari².
Banyak yang minta aku berirama,aku takkan mahu.!
Bukan aku tinggal tapi irama² itu kekal ada pada aku di satu sisih pada
Puan Presario.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
------------------------------------------
"Kau bukan blogger sebenar,sudahlah.!"

:"Jadi,?itu ada mengganggu hidupmu.? Gaji kau akan kurang kalau aku suka² buat blog.? Atau kau tak cukup makan.? Kalau aku private kan blog² aku.?

------------------------------------------

:J*** ,kau dah tutup blog kau kah.?"
:"Tak,ada lagi.Aku private kan.
"Kenapa.?"
:"Aku cuma minat menulis dan tak lebih dari itu."
"Jadi kenapa tak terus saja menulis,? malas.?"
"Bukan,aku masih terus menulis dan kibod aku masih berirama tapi tanpa ada sesiapa ketahui,kau mungkin tahu tapi pasti itu bukan dari aku."
________________________________________



________________________________________

Aku mungkin manusia reptilia tak bersisik,
aku menulis bukan mahu itu semua.
Aku juga mungkin berdarah dingin tapi kerana
darah ini aku beza dengan kamu.
Aku bukan yang terbaik tapi percayalah,
aku juga mampu membuat kau takut untuk bermimpi lagi.


Aku pelik,tapi kenapa masih mengejar aku.?

Katakan apa saja yang kau mahu.!
Aku akan terus begini kerana ini aku.!

------------------------------------------

:"Aku tahu,sebelum aku tunjukkan diri pada dunia.
Aku perlu tunjukkan diriku pada orang yang terdekat denganku terlebih dahulu yakni kedua raja dan permaisuriku.
Dan,alhamdullilah,,
Kedua raja dan permaisuriku merestui aku,terus menyokong aku."

-"Terima kasih sangat,abah dan mum."-

------------------------------------------

Ya,aku cuma akan katakan aku masih baru.
Bahkan,pada masa akan datang,aku tetap akan katakan aku masih baru.
baru yang masih taksub dengan warna² warni itu.
((Ahakk~))

Aku yang tersembunyi di sebalik warna² itu.Itu adalah warna mati.!
Warna mati.? Tak perlu aku bahas,cari tahu luar sana.
Aku suka warna² itu,bukan cuma 1,2 yang menegur tapi
sebagai manusia reptilia tak bersisik yang berdarah dingin dan bukan terbaik aku benci apa yang kau suka pada aku.

Kejam.!
Terus saja mengata,kawan.
Aku akan terus mendengar tapi
ketahuilah apa yang aku dengar hanya nyanyian sang angin.

------------------------------------------

"Eh,follower kau mana.? :"Aku simpan untuk sementara dan mungkin juga untuk selamanya,
seperti blog² aku yang terdahulu."
"Tapi kenapa.?"
:"Aku pun tak tahu tapi cukuplah mereka saja."
:"Dan aku takkan menghalang siapa sekalipun untuk follow "Sisih Asingku"
yang berdiri atas tiang rapuh ini.Itu hak mereka,semua ini bukan aku punya aku cuma gunakannya seperti mereka juga."

:"You Know Your Rights."

"atau kau malu tak ada orang komen.?"
:"malu untuk apa.?"
:"Kenapa.? Aku bukan penulis yang suka kumpul komen macam kau.!"
:"Dulu,semua komen itu aku akan sembunyikan selepas aku approve."
Comments post juga telah aku sembunyikan. Sebab apa.?
Sebab aku pandangan orang tapi kita semua adalah segala sesuatu yang tak sama.!
Aku punya alasan sendiri,dan mereka tahu semua itu.
Dan,segala yang ada di luar sana adalah milik kita.



:"Think Mad Do Better."

Shoutbox atau chatbox juga telah aku tukar.
Kawan,ada dalam simpanan aku.
Siapa tahu esok,lusa aku nak gunakan yang lama semula.
Tak ada satu pun tertinggal,semua telah aku simpan rapi.!

:"Don't Happy Be Worry"


------------------------------------------

Mungkin apa yang aku tahu tentang blog,blogging,blogger tak banyak seperti yang kamu tahu tapi aku cuma mempergunakan ia sebaiknya seperti mana kamu.
Dan setiap kali membunyikan papan kekunci agar berirama aku selalu ingt pesan² kamu semua,walau kamu tak melihat tapi ada perubahan itu.
:"Thanx,all"

Dan irama itu itu terus ada bersama heningnya embun dan air mata pari² tadi.

Percayalah,mungkin salah aku meminati tapi aku minta maaf pada semua.
Aku minat mereka,tak salah aku gunakan apa yang mereka ada dan apa yang membuat aku minat pada mereka.

Maafkan aku,
Suhaimi Abd Rahman
,
Ahmad Azhar Othman,
Mustapha Ibrahim.
Dan pada semua yang seangkatan dengan mereka.
Terima kasih semua,
telah mengenalkan aku pada dunia di mana kita lepaskan segalanya tanpa peduli siapa mereka.

:"Rentak Orang Cari Kawan."

Tapi aku gunakan ia pada dasar yang baik.!
________________________________________

________________________________________

Tapi itu cuma pada lubuk fikiran aku yang paling dalam.
Dan tentu saja aku tak tahu pada kau.
Manusia dikurniakan pelbagai deria,gunakan deria² itu sebaiknya.
Perasaan bukan deria tapi untuk rasakan indahnya tindakan deria² itu.
Aku juga ada tekanan hidup dengan masalah yang besar.
Syurga adalah masalah terbesar aku.
Persediaan aku cukup?
Dengan iman yang sekelumit,pahala yang secubit.
Mampukah aku menghadapinya.?
Siapa tahu.?
Aku cuma mampu berdoa untuk kekal dalam setiap sabdaNYA.
Ketegaran sebagai perantau tak lagi mengusik bimbang aku.
Alhamdullilah..

:"Terima Kasih,Allah."

------------------------------------------

________________________________________

________________________________________

Terima Kasih sangat,abah,mum.
Kondisi kamu semua,macam mana?
Tetumbuhan di hadapan teratak kita itu masih terus menghijau kah.?
Burung² itu masih berkicau.?
Ayam itu masih berkokok di waktu pagi.?
Ya,aku rindukan semua itu.Aku lebih rindukan semua keluargaku yang nun di sana.
Percayalah,aku sentiasa doakan semua walau aku ini bukan seorang anak,adik,abang yang baik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Percayalah,aku hanya untukmu selagi kau masih ada di situ untuk aku.
Percayalah,aku takut aku hilang.
Percayalah,aku selalu ingat padamu.
Percayalah,aku menerimamu seadanya.
Percayalah,aku sayangkan kamu.
Percayalah,aku yang akan membawamu ke sana.
Percayalah,air matamu itu adalah penderitaan bagi aku.
Percayalah,aku tak ada impian tapi melihat impianmu tercapai adalah impianku.
Percayalah,semua tangis kesepianmu akan kuhapus.
Percayalah,doa dan usaha akan nyata.insyaALLAH.
Percayalah,senyummu telah menyedarkan aku.
Percayalah,aku aku terus disini untuk kamu.

________________________________________


________________________________________







p/s:
-Waktu cuti telah tamat hari ini,aku perlu bekerja.-
-Bola mata itu tersirat seribu satu natijah tentang aku.-
-
Di sana ada segalanya.-