# Emosi Arca Pentagon Minimalis

:"♫ Caci maki saja diriku ♪ ..."





:"Mum,Kenapa manusia perlu ada sifat cemburu dan hasad dengki.?"
"Sebab orang tu tak suka dengan apa yang kita buat dan mungkin juga orang itu tidak mahu tengok kita lebih daripada dia."
:"Tapi mum,salahkah apa yang anakmu buat ini.?"
"Tak salah,anakku.Teruskan,lakukan semahumu.Kalau memang anak telah melakukan kesilapan,pandukanlah manual yang telah dikurniakanNYA bersama dengan mesin jana iaitu mindamu,anakku.
Terima Kasih,mum..
Writer,Hidup Susah Mati Mudah.


~ Pada kau,dia dan kamu..
Aku juga sarankan lakukan saja ikut suka kau,dia dan kamu.
Tapi,bila kau susah,ingat aku yang pernah dirimu celakai.
Woi,! tak guna kau berkelakuan sedemikian.
Apa kau dapat setelah kau lakukan semua itu.?
Kenapa kau tak fikir yang aku boleh tahu apa yang kau lakukan itu.?
Dan percayalah,
kau bukan batu asah yang boleh menajamkan emosi diantara aku dengan dia.
Kau caci,maki hamun.
Setelah itu kau puas.?
Adakah puasmu layak anjing yang telah
melepaskan nafsu pada anak sendiri.?
Kenapa.?
Kerana kau seperti ia,
tak mengenal aku dan terus saja kau laksanakan ikut hati busukmu.
Yang nanti bila berkulat,ingatlah pada aku.
Kesusahan yang kau tempuh itu bermula dari sini dan kelakuanmu sendiri.


((Ahakk~))
Aku memang tak kenal kau siapa.!
Kau ingat kau siapa.?!
Aku peduli apa.?

~ "Dosa dan pahala aku,Tuhan saja yang tahu."

:"Aku minta maaf,mas.Kerana dunia blogging aku terpelesot pada kau."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
________________________________________

________________________________________
11 hari aku hilang dari dunia telepati alam maya.
Babak belur aku dalam hari² itu agak banyak juga tapi semua itu dugaanNYA.!
Dengan kesibukan
berlumba untuk mencicip rezeki,
aku terlena dalam kota noda yang membuai laju ini.
Kejutkan aku,kawan.!
Kerana..

~ Writer juga punya impian seperti kamu semua.
~ Aku juga punya impian untuk ke sana.

Kalau impian itu cuma seperti ini,mudah sungguh.
Tapi itu salah kerana tanpa usaha.!
Mengejar impian sama seperti..
semut memikul gula,lebah memunggah sarang.!

Cuba ilhami semut dan lebah itu.
Dapatkah kau merasa kelelahan ia² belaka.?

~ Senandung buruh kasar..
Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan,menghiasi kotaraya. Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman,kejayaan negara. Pandanglah aku yang bermandi keringat,di bawah terik mentari. Bekerja dengan menghempas tulang,mencari nafkah sehari.

Hari ini,
lurah keringat dan kekaran hempasan tulang
mereka kita nikmati dengan senang,
bahkan kita berbangga dengan semua bangunan² itu.

Adakah yang ingat mereka.?
Adakah yang ambil tahu pasal mereka sekarang.?
Di mana mereka sekarang.?
Memang itukah impian mereka.?
Hanya untuk menyenangkan kita.?
Siapa tahu.?
Terpaksa,mungkin juga.
Hanya kerana untuk rezeki,
mereka mungkin saja mematikan impian² mereka.
Takkan ada sesiapa yang akan tahu kerana itu mereka,rahsia mereka.
Jauh dilubuk hati mereka pasti tersirat jutaan segala sesuatu,hanya mereka dan Tuhan mereka saja yang tahu.

~Seperti kamu,aku dan kita semua.
Melakar pada sekeping kertas harga diri menuntut segalanya,termasuk pengorbanan yang besar hatta air mata pada tiap sudut kesyahduan dan keasyikan hidupmu.

Terus dimana kejayaan akan aku kecapi.?

~Pasti,ada diluar sana.!
Pancaroba.?
Aku sudah tidak mampu untuk berkata tapi aku masih mampu untuk terus menulis segala sesuatu itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
________________________________________

________________________________________

Pernah bayangkan atau cuba saja bayangkan,
bagaimana semuanya.
Aku juga masih terus membayangkan dan selalu dibayangi,
percayalah.
Mungkin saja kau tidak perlu hasta nista pada hidup,
kerana itu lumrahmu.
Tak ada dan takkan pernah ada yang kekal terus di atas,
kecuali DIA.
Kerana,
masih ramai di luar sana yang memelihara sifat hasad dengki pada hati busuk mereka.!
Aku takkan berbicara tapi jari²ku akan terus mentalunkan irama² dengan heningnya embun dan air mata pari² itu.
Percayalah..
Kerana itu niatku,hajatku.
Jangan pernah cuba untuk sumbangkan irama²ku kerana itu akan membuatku makin ingin untuk berirama.
Walau tak ada siapa mendengar tapi pasti ada yang tahu.
Allahualam..

Kamus hidupku tak ada perkataan bosan kerana setiap satu itu akan berubah serentak dengan jentik saat pada waktu²ku.

~Aku cuma ingin mengilhami semuanya.

Mungkin saja waktu aku selesai berirama ini,nafasku terhenti.
Dan mungkin itu bisa membuatmu gembira tapi kau pasti takut untuk bermimpi lagi kerana irama²ku terngiang².
((Ahakk~))

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
________________________________________

________________________________________

:"Suka hati aku,aku berhak untuk memilih,kan.?
Aku berhak pilih siapa saja,
bahkan hak mutlak aku juga kalau aku memilihmu.!"
Dan mungkin saja esok atau lusa,
foto dirimu yang akan ada dalam dompetku.

________________________________________

________________________________________

Mungkin aku bukan pilihanmu,
aku terima kerana itu sudah risiko aku.
Dan,
bukan hakku untuk menghalang keputusanmu.
Tapi,
walaupun kau memang bukan bidadari jelmaan dunia
yang telah dijanjikan untuk aku.
Mengenalmu sudah 1 kelebihan untukku.
Mungkin saja dirimu selalu gagal untuk mengawal jari-jemarimu itu.
Tapi,
tak sangka ada seribu satu natijah lagi yang tersirat pada kegagalanmu.
Biarkan dirimu tidak boleh beradu,
itu akan membuat aku bangga kerana aku pasti kau bayangi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


p/s: kalau tahu kau adalah bidadari jelmaan dunia aku,diam saja.