# warkah suara saksi puteri rona bumi...

"Memang."
"Memang --- xsyg ----."
:"Knp ckp bgitu.? --- ada wat slh ka.?"
___________________________

____________________________

Ya,kerdil ini mengaku kalau caranya tidak menunjukkn jitunya jiwa ini.
Segalanya tidak menajamkan kasih sayang pada dirimu.
Tapi,kerdil ini amat menyayangimu.

~:"--- sayangkan ----."

Ungkapan saja memang tidak memadai.Aku faham.
Walau dirimu bosan mendengar ungkapan itu,
tapi bibir mungil ini tidak akan penat bahkan tetap akan
terus mengungkapkan ayat itu untuk selamanya.

Aku tidak mampu membina 3 piramid untukmu
tapi berkat doa,usaha
dan yang penting kata putusmu
telah membinakan 2 piramid untuk kita.

Yang ketiga.?
Akan ada,insyaALLAH.
Selagi kau masih ada untukku.
aku pasti,
kita akan berjaya membina piramid yang ketiga bersama nanti.

Aku memang masih kecil.
Wajarkah itu yang diukur untuk menjarakkan kita.?
Pasti,kebahagian itu takkan kita kecapi kalau
benakmu masih pada situasi traumamu yang sama dari dulu.

Aku faham,aku mungkin memaksa
tapi aku tidak mahu melepaskan.!

Mengertikah kamu.?

~:"Aku cuma mahu menghargai sebelum ia hilang."

Walau..

~:"
Cakera waktu berlalu deras bagai bersayap, dan menggugat tekad semangat,
kita yang ingin mencari suatu kepastian.
Walau tipis harapan menang,tapi kita mesti berjuang.
Kerana tiada yang mustahil,biarpun melastik ke bintang.!"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
______________________________

______________________________

Percayalah,
beradunya dirimu setiap malam.
Aku menjadi hamba malam pada setiap mimpimu.
Kalau kau takut pada sisi kirimu kerana kejahatan ada disitu.
Aku rela berada di sisi kirimu,selalu.
Ini bukan madah.!
Aku cuma ingin selalu berada disisimu,itu saja.
Walau disisi itu ada kejahatan,
aku akan berusaha membisikkan.




:"Assalammualaikum,cinta,
aku sayang padamu.
Sabarlah sayang,kita akan bersatu.
Bersama selamanya,hingga hujung waktu."
InsyaALLAH...

Jangan pernah untuk tidak mendoakan kita berdua.

Perit itu pasti akan kita lalui,itu lumrah.!
Walaupun kadang itu membuatmu,
beralih dan mengalah denganku.
Ya,memang bukan itu yang aku mahukan.
Jauh sekali untuk membuat mutiara seorang wanita mengalir.

Aku cuma ingin dirimu,
melirikku dengan tajam matamu,
membelai jari
² kekarku ini,
mendengar setiap ulah lembut suaramu.
Tak semua tersenarai tapi ini yang mampu aku huraikan sekarang.
Sesuatu menantimu.! Tunggu saja di beranda hatimu.
Aku akan datang memberikan semua yang pernah aku janjikan.
Berkat setiap doa,hasil segala usaha.
Aku akan datang,padamu.

~:"Melirik pada tajam matamu,aku tahu.
Aku akan terus hilang dan takkan tertemui lagi.
Jika kau,...
Kucup aku sekali,aku akan lebur dan hati ini takkan ternoda lagi.
Kucup aku dua kali,aku takkan pergi dari sisimu.
Kita terus melangkah bersama kemudian mimpi menjadi hakikat kita."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
______________________________

______________________________

~:"Kita memang tidak boleh menjadi seseorang
tapi kita boleh menjadi seorang yang lebih baik."

Ya,aku mungkin gila.!
Kerana cinta biar aku dianggap gila,
terbang dengan sayap ilusi dan bertutur dalam bahasa hati.!
Aku sudah tidak boleh seperti semalam,
aku kini terjepit dengan dia.
Lilin-lilin itu takkan padam seandai kau adalah sumbunya.