#Ladang,keringat dan -----


"Gugur anggur di taman lestari seorang petani berkedut dahi,
berkeringat tubuh tatkala jari-jari kekar erat membimbit cangkul
menuju ke tanah galian untuk sang mati."

Tapi,dia
terus disitu merenung potret dirinya yang kian lusuh.Kian luntur warnanya.
Ketika garis hitam membelahi langit merah hingga terjunam ke ufuk malam.
Namun dia masih terus mencuba untuk
mencoret warna putih namun kelabu jadinya.Dan membentuk wajah muram hingga lahirlah
perasaan rindu dendam dan
menjadi gambar wajahku.
Kini hanya tinggal lukisan yang berbicara bahasa hati yang menghiburkan
dan membuka segala kisah yang kian tenggelam.

Dalam ruang yang sempit itu,dia mengumpul impian yang akan
menjadi satu lukisan rona cinta sabdaNYA.
Walau bentuknya adalah samar.
Melihat ke dasar hati.

~((Menggali kubur sendiri adalah nikmat yang nyata,betulkah.?!))

Namun,mampukah kita membimbit cangkul.?
Mampukah kita menggali lubang untuk jasad kita nanti.?
Masih adakah ruang untuk kita.?
Dimanakah kubur kita nanti.?

Siapa yang ada jawapannya.?
Aku juga tak tahu.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Air yang kau bekalkan untuk dirimu sudah tak ada lagi,kawan.
Terima kasih,kawan.
Dahaga ini pernah kau legakan.
Susu yang kau berikan memberikan dia semangat,
yang telah membakar dirinya untuk terus melangkah.
Walau jiwa angkuh sukar diselami,didekati.
Dengan cita-cita yang mengelirukan dirinya.
Si petani itu terus melangkah menuju ke sana
untuk mengutip anggur yang berguguran.
Pasti dia letih.
Tapi,
tuntutan hidup yang perlu dibayar membuat
dia terus melangkah dengan gagah.
Walau fizikal yang semakin ditelan usia itu tidak mampu lagi untuk
membawa semangat yang dia pendam,
namun dia masih gah melangkah dan terus melangkah.
Entah bila si petani itu akan menuai hasilnya dengan kesempurnaan.

~((Dia juga manusia.!))

Berbicara dengan kata yang tersusun telah membentuk dirinya menjadi seorang petani yang tabah.
Walau tapak tangannya kian terkupas angkara kuat genggaman pada cangkul.
Kerana cangkul itu sumbernya.
Dan satu kepastian,
dia lebih mengenal alamNYA.
Cepat atau lambat itu ketentuanNYA.


Dimana si petani.?
Siapa si petani.?
~((Mungkin saja dia disisih kita))
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

_________________________

Aku cuma insan,perlu berbakti.



Tapi,lupakan soal bakti kerana kali ini bukan itu
yang perlu dihurai.

Kerana ini soal urusan perasaan jiwa sentimental
setiap lelaki yang angkuh dengan egonya.

Come on,man.
Ini hari untuk dia.
Ya,romantika aku itu untuk selamanya.
Bukan cuma untuk hari ini.

Ahakk~.
Bila gajah jadi lembut bak sotong.




Tapi,walau siapa pun dirimu.Kau tetap abadi dalam ingatanku.


~((Happy Valentines,Baby))

p/s : Tiada bunga yang berhias,tak tahu kedai bunga di mana.
Tapi bukan bunga yang jadi ukuran,kan.?

Hanya ini yang mampu..
:"Baby,mekarlah terus seperti daffodil di taman kita sana."

~((Dalam hati seorang'aku'tersimpan satu taman bunga daffodil))
Teruk'aku'tapi disini'kau'terkunci.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:"Mum,Selamat Tahun Baru Cina.