Di tengah lautan kenangan,aku terapung.
Tiada arah nak kutuju.
Hanya angin dan ombak laut yang tiada henti.
Membawa mimpi tak bertepi.
Hingga aku lemas sendiri.
Jelas terbayang wajah² yang kusayang.
Seperti saujana bintang berkelipan
menjelma satu persatu.
menjelma satu persatu.
Ingin kucapai namun tak sampai,
berada nun jauh.
berada nun jauh.
Dimanakah daratannya.?
Aku tersesat sekali lagi.
Lalu,
Tuhan temukan kembali mutiara hati,
yang pernah kutinggal untuk pergi mencari sebuah nama.
Kini,
aku kembali dengan sebuah nama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Si Kerdil kembali berirama dengan kibod
pada "sisih asing"nya.
Kembali,merangkak dan cuba untuk berjalan.
Untuk terus berirama dan
mengejar setiap mimpi yang pernah
mencelahi ruang
fantastika kehidupan.
Sekali lagi menanam anggur di ladang,
atau mungkin menggali kubur sendiri.?
Si Kerdil cuma petani yang ingin.
Mengutip yang terjatuh.
Mengambil yang tertinggal.
Meneruskan yang tertangguh.
Kesempatan tetap ada.
Kerana,
Si Kerdil tidak pernah terlewat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tetap melihat walau aku senyap.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Si Kerdil kembali berirama dengan kibod
pada "sisih asing"nya.
Kembali,merangkak dan cuba untuk berjalan.
Untuk terus berirama dan
mengejar setiap mimpi yang pernah
mencelahi ruang
fantastika kehidupan.
Sekali lagi menanam anggur di ladang,
atau mungkin menggali kubur sendiri.?
Si Kerdil cuma petani yang ingin.
Mengutip yang terjatuh.
Mengambil yang tertinggal.
Meneruskan yang tertangguh.
Kesempatan tetap ada.
Kerana,
Si Kerdil tidak pernah terlewat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tetap melihat walau aku senyap.