#Mencari Sebuah Nama -Part.2-

Esok,segalanya akan bermula baru?.
Atau segalanya bermula semula?.
Masa dan waktu laju berputar menggilis jiwa² makhluk seluruh alam.
Namun,ada yang tertinggal.
Kita sedar atau tidak,segalanya telah berubah dan akan terus berubah.
Esok adalah permulaan atau penamat?.
Berbicara pada alam,alam membisu.Mungkinkah,
alam mula bosan dengan tingkah² yang acap kali berbuat salah dan riak dengan dosa?.
Berjuta nyawa telah pergi,berjuta juga yang dilahirkan.
Simpan semua!.
Hingga saat derita datang,tangisan dan sesalan mengolah jiwa.
Tika diri berbicara dalam bahasa Tuhan.
Apa yang dicari?.
Apa yang ditemui?.
Atau masih tidak mengenal?.
Atau sudah lupa?.
Semalam,akan pergi.Sesalan datang saat akhir.
Esok,masih melangkah.Berhenti kerana penat.
Hidup yang selesa dengan imbalan yang lumayan
bukan juga jaminan untuk keistimewaan.
Bila tiba masa,mewah itu ditarik.
Itu bukan hak,cuma dibagi peluang untuk menjaga.
Seperti saat beradu berbantal emas,berselimut intan pun tercabut nyawa.
Kerdilnya diri.
Besar kuasaNYA.


Masa lalu,telah aku temui segala yang aku cari.
Masa sekarang,aku masih juga terus tercari.
Masa depan,aku akan tetap mencari.Ada?.
Tersembunyi?.
Misteri?.
Aku tak peduli.
Ini untuk diri.
Esok,lusa,tak pasti.
Apa salah berbudi.?
Walau,
perantauan jauh memisah,
semangat terus membara,
jiwa berbisik dan berkata,
aku rindu kamu semua.


Yang ada hanyalah kita dan Dia.
menjalani kehidupan yang diberiNYA.
penentu bukan gagal atau berjaya.
Tapi terima ganjarannya di syurga.
Tapi layakkah kita?.
Bila semua terpadam dan kita dibangkitkan.
Menerima harapan atau kepanasan?.
Yang baik akan kekal dan kejahatan akan ditinggalkan.
Aku hanyalah insan yang mencari nama.
Redha pada tentuanNYA.
Aku juga pikul dosa kerana aku juga dibayangi dosa² lalu dan nerakaNYA.
Adakah aku bersedia meninggalkan kehidupan?.
Pada semua,maafkan aku.




Yang tinggal,aku.